Rabu, 11 Ogos 2010

Bulan Mulia itu Datang Lagi

Allahuakbar.

Assalamualaikum pembaca blog sekalian.

Alhamdulillah dipanjangkan umur kita sehingga dapat bertemu lagi di ruangan maya ini. Seperti yang kita sedia maklum, anak bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah pun menjengahkan muka. Sekali lagi, seperti saban tahun, bagi yang beragama Islam akan berpuasa manakala yang bukan pula pasti ternanti-nanti akan bazaar ramadhan.

Nah, begitulah uniknya kehidupan masyarakat di Malaysia ini. Bukan warga muslim sahaja yang seronok apabila bulan puasa bahkan semua rakyat.

Semoga puasa pada tahun ini akan lebih baik daripada tahun sudah dengan jadual harian terisi dengan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, Insyaallah.



Nota kaki:
  • Tiba-tiba rasa seperti sudah menjadi blog Persatuan Agama Islam pula.-_-''
  • Kredit foto kepada Encik Google. Kenal bukan? :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan