Rabu, 11 Ogos 2010

Bulan Mulia itu Datang Lagi

Allahuakbar.

Assalamualaikum pembaca blog sekalian.

Alhamdulillah dipanjangkan umur kita sehingga dapat bertemu lagi di ruangan maya ini. Seperti yang kita sedia maklum, anak bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah pun menjengahkan muka. Sekali lagi, seperti saban tahun, bagi yang beragama Islam akan berpuasa manakala yang bukan pula pasti ternanti-nanti akan bazaar ramadhan.

Nah, begitulah uniknya kehidupan masyarakat di Malaysia ini. Bukan warga muslim sahaja yang seronok apabila bulan puasa bahkan semua rakyat.

Semoga puasa pada tahun ini akan lebih baik daripada tahun sudah dengan jadual harian terisi dengan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, Insyaallah.



Nota kaki:
  • Tiba-tiba rasa seperti sudah menjadi blog Persatuan Agama Islam pula.-_-''
  • Kredit foto kepada Encik Google. Kenal bukan? :D

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Datang!

Dari tinta blog-master. :D

Selamat datang ke blog Persatuan Bahasa Melayu SMK Ampang Pecah (Bestari).

Blog ini dibina untuk berkongsi peristiwa yang berlaku dan aktiviti yang dijalankan di dalam Persatuan Bahasa Melayu SEMEKAP. 

Semoga lawatan anda ke blog ini membuka mata anda tentang keindahan bahasa yang dahulunya lingua franca di mata dunia selain menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan kita, Insya Allah.